Pages

slm

Thursday, 28 July 2011

balasan bila kita berbudi pada orang tak mengenang jasa

Terlalu mendesak ke aku bila aku meminta kembali hak aku yang di pinjam. Aku cuba jadi orang yang memahami.Bila orang yang dekat dengan aku menghadapi masalah aku cuba untuk membantu semampu aku. Tapi ni ke balasan yang aku dapat dari dia. Bak kata pepatah "ibarat melepaskan buaya tersepit". Dia janji untuk memulangkan hak aku yang dipinjamnya setahun yang lepas. Bila aku meminta kembali hak aku pelbagai alasan yang diberikan. Aku cuba memahami alasan yang diberikan dan aku pernah meminta nasihat dari orang lain tentang masalah ini. Aku disuruhnya bersabar tapi sampai bila??



Aku pernah dinasihatkan supaya melupakan dan tidak perlu lagi meminta kembali hak itu. Aku masih berdegil dan masih meminta hak aku dikembalikan segera sehinggalah suatu hari apabila aku merasa aku ibarat pengemis yang minta dikasihani walaupun yang aku minta itu adalah hak aku. Tergamaknya dia buat aku macam ni. Ingatlah bahawa kita tak selamaya diatas. Kehidupan kita ibarat roda yang sentiasa berputar. Mungkin hari ini dia buat saya begitu dan tak mustahil suatu hari dia akan rasa apa yang saya rasai sekarang. Mudah-mudahan dia cepat sedar sebelum terlambat 

Monday, 25 July 2011

Bintang

Ku pandang di atas awam ku lihat bintang melambai
Ku hulur tangan mengapai tetapi tiada sampai
Ku tahu bintang menunggu namun apakah dayaku
Ku hanya mampu meratap di dalam ratapan sayu


Dan jangan kau bersedih Bintang jangan kau menangis
Tiada mampu ku kesana walau telah di rencana
Bintang kau tinggi di atas ku duduk rendah dibawah
Hidupmu berteman bulan bukan insan kekurangan
Bintang jangan kau terus begini
Nanti malam mu tiada berseri
Kita akan tetap bersama untuk selamanya
Cuma lain suasana



Bintang hentikanlah tangisan yang akan menyiksa diri ku
Bintang dengarkanlah ada satu pesan terakhir dari ku
Bintang kau pergilah kerana itu lah yang terbaik untukmu


Sunday, 24 July 2011

sakitnya CEMBURU....

Dulu bila orang cakap pasal cemburu saya hanya tersenyum..Bila saya mengalaminya sekarang baru saya tau sakitnya bila ada penyakit cemburu.. Ya ALLAH dia tak pernah curang malah saya akui sayang dan cintanya terhadap saya terlalu dalam selepas cintanya terhadap Mu Ya ALLAH. kadang2 perasaan cemburu datang dengan tiba2 walaupun dia hanya menceritakan kisah silamnya yang bertepuk sebelah tangan. Saya cuba buangkan perasaan cemburu 2 tapi bila saya lihat insan tersebut saya akui dia punya banyak kelebihan berbanding saya. Saya tak nak merosakkan hubungan ni disebabkan perasaan cemburu saya. Dulu di awal perkenalan kami, tidak keterlaluan saya katakan dia digilai ramai gadis2 tapi saya juga yang dipilih untuk mengisi hatinya yang kosong. Dia bukanlah seorang yang kacak, berharta dan berpelajaran tapi dengan sikapnya yang  suka berjenaka dan penuh nasihat membuatkan orang lain selesa bila bersama dia.


Saya bersyukur apabila diberi perasaan cemburu ni. Bak kata orang dulu2 "cemburu tandanya sayang ". Walaupun pelbagai dugaan yang datang dalam hubungan ni, INSYAALLAH akan kami hadapi dengan fikiran terbuka tanpa ada perasaan cemburu. Cemburu ada yang bawa kebaikan dan kebayakkan bawa keburukan bila orang berperasaan cemburu tidak dapat mengawal perasaan dan melakukan perkara2 yang boleh merosakkan diri dan orang lain. Jangan biarkan perasaan cemburu tumbuh didalam hati kerana sakitnya tidak ada orang yang tahu.
  

kawan Aku

Assalamualaikum... hari ni aku nk ceritakan tentang kawan aku aka roomate aku dulu AZIZAH OTHMAN..Aku dapat tawaran sambung belajar di kolej universiti shahputra dan aku diberi hostel di Alam Perdana. Masa sampai hostel, dia sambut aku dan seorang lagi kawan aku HIDAYAH. Aku ingat dia anak cina rupanya anak melayu..hehehe..... Dia memang peramah sampaikan aku tak terlayan setiap pertayaan dia. Maklumlah perjalanan dari Johor ke Kuantan memang memenatkan.
Aku dapat bilik sama dengan dia. Dari situlah kami mula berkawan dan banyak kenangan kami bersama. Kenangan pergi sembahyang Teraweh bersama jalan kaki walaupun masjidnya jauh Banyak lagi kenangan2 manis kami. Walaupun kami berlainan kos tapi kami masih boleh belajar bersama. Indahnya waktu tu.. Sekarang kami jarang dapat berjumpa dan hanya boleh berjumpa di kolej disebabkan aku berpindah hostel di Shahputra Village (SPV). Kenangan jadi pengubat rindu aku dan dia... Miss u jijah =)

Saturday, 23 July 2011

sahabat



Ya Allah.... sahabat ini BUNGA saya. Tanpanya tidak berseri jambangan ukhwah. Sahabat ini MADU saya. penawar dalam banyak perkara. Sahabat ini GURU saya. Mendidik dengan penuh mesra. Sahabat ini saya CINTA, kerana dia bawaku kearah CINTAMU.



Jangan Kau biarkan dia sendirian di dalam dunia, di alam barzakh, bahkan di akhirat sana. Kau dampingilah dia. Biar pun kami tak dapat bersama, tapi ku gembira melihat dia disana. Doaku tidak akan pernah putus untuk SAHABAT sepertinya.