Terlalu mendesak ke aku bila aku meminta kembali hak aku yang di pinjam. Aku cuba jadi orang yang memahami.Bila orang yang dekat dengan aku menghadapi masalah aku cuba untuk membantu semampu aku. Tapi ni ke balasan yang aku dapat dari dia. Bak kata pepatah "ibarat melepaskan buaya tersepit". Dia janji untuk memulangkan hak aku yang dipinjamnya setahun yang lepas. Bila aku meminta kembali hak aku pelbagai alasan yang diberikan. Aku cuba memahami alasan yang diberikan dan aku pernah meminta nasihat dari orang lain tentang masalah ini. Aku disuruhnya bersabar tapi sampai bila??
Aku pernah dinasihatkan supaya melupakan dan tidak perlu lagi meminta kembali hak itu. Aku masih berdegil dan masih meminta hak aku dikembalikan segera sehinggalah suatu hari apabila aku merasa aku ibarat pengemis yang minta dikasihani walaupun yang aku minta itu adalah hak aku. Tergamaknya dia buat aku macam ni. Ingatlah bahawa kita tak selamaya diatas. Kehidupan kita ibarat roda yang sentiasa berputar. Mungkin hari ini dia buat saya begitu dan tak mustahil suatu hari dia akan rasa apa yang saya rasai sekarang. Mudah-mudahan dia cepat sedar sebelum terlambat
No comments:
Post a Comment