Assalamualaikum... hari ni aku nk ceritakan tentang kawan aku aka roomate aku dulu AZIZAH OTHMAN..Aku dapat tawaran sambung belajar di kolej universiti shahputra dan aku diberi hostel di Alam Perdana. Masa sampai hostel, dia sambut aku dan seorang lagi kawan aku HIDAYAH. Aku ingat dia anak cina rupanya anak melayu..hehehe..... Dia memang peramah sampaikan aku tak terlayan setiap pertayaan dia. Maklumlah perjalanan dari Johor ke Kuantan memang memenatkan.
Aku dapat bilik sama dengan dia. Dari situlah kami mula berkawan dan banyak kenangan kami bersama. Kenangan pergi sembahyang Teraweh bersama jalan kaki walaupun masjidnya jauh Banyak lagi kenangan2 manis kami. Walaupun kami berlainan kos tapi kami masih boleh belajar bersama. Indahnya waktu tu.. Sekarang kami jarang dapat berjumpa dan hanya boleh berjumpa di kolej disebabkan aku berpindah hostel di Shahputra Village (SPV). Kenangan jadi pengubat rindu aku dan dia... Miss u jijah =)
No comments:
Post a Comment