Dulu bila orang cakap pasal cemburu saya hanya tersenyum..Bila saya mengalaminya sekarang baru saya tau sakitnya bila ada penyakit cemburu.. Ya ALLAH dia tak pernah curang malah saya akui sayang dan cintanya terhadap saya terlalu dalam selepas cintanya terhadap Mu Ya ALLAH. kadang2 perasaan cemburu datang dengan tiba2 walaupun dia hanya menceritakan kisah silamnya yang bertepuk sebelah tangan. Saya cuba buangkan perasaan cemburu 2 tapi bila saya lihat insan tersebut saya akui dia punya banyak kelebihan berbanding saya. Saya tak nak merosakkan hubungan ni disebabkan perasaan cemburu saya. Dulu di awal perkenalan kami, tidak keterlaluan saya katakan dia digilai ramai gadis2 tapi saya juga yang dipilih untuk mengisi hatinya yang kosong. Dia bukanlah seorang yang kacak, berharta dan berpelajaran tapi dengan sikapnya yang suka berjenaka dan penuh nasihat membuatkan orang lain selesa bila bersama dia.
Saya bersyukur apabila diberi perasaan cemburu ni. Bak kata orang dulu2 "cemburu tandanya sayang ". Walaupun pelbagai dugaan yang datang dalam hubungan ni, INSYAALLAH akan kami hadapi dengan fikiran terbuka tanpa ada perasaan cemburu. Cemburu ada yang bawa kebaikan dan kebayakkan bawa keburukan bila orang berperasaan cemburu tidak dapat mengawal perasaan dan melakukan perkara2 yang boleh merosakkan diri dan orang lain. Jangan biarkan perasaan cemburu tumbuh didalam hati kerana sakitnya tidak ada orang yang tahu.
No comments:
Post a Comment